Saturday, 9 February 2019

Pertama kali abang naim naik komuter...

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi tadi buat pertama kalinya kami bawa anak-anak naik komuter. Sebelum ni memang tak berani nak naik komuter sebab anak autisme kami cepat mengamuk tak kira berada kat mana2 pun. Alhamdulillah hari ni abang naim boleh beri kerjasama dan bersabar sepanjang menaiki komuter dari Pulau Sebang ke Seremban. Sebelum naik komuter, kami bagi penerangan dulu supaya abang naim faham peraturan semasa berada dalam komuter.

Alhamdulillah... abang naim dan adik muaz seronok sangat dapat naik komuter pagi tadi. Sampai di Seremban, kami singgah di Mall berdekatan untuk berehat dan makan tengahari. Nasib baik tak ramai orang dalam komuter semasa perjalanan pergi dan balik. In shaa Allah nanti ada rezeki kita naik train pula jalan jauh2 sikit.

Wassalam.

#AutismeSpeechDelay
#PertamaKaliNaikKomuter











No comments:

Post a Comment