Sunday, 3 February 2019

Bawa Naim ke Pusat Veterinar Seremban dan Jelita Ostrich Farm

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sekolah seminggu sempena CNY ni, kami hanya menghabiskan masa di rumah dan bawa anak2 berjalan berdekatan sahaja. Lagipun en.suami hanya ada di rumah sehingga hari selasa. Dijadikan cerita pagi tadi bangun dari tidur, abang naim terus mandi dan bersiap. Ibu hanya memerhatikan saja gelagatnya... bila siap mandi terus abang naim ambil dan pakai baju cantik. hihi lepas tu, terus ajak ibu dan ayah berjalan. Ibu minta dia tunggu sekejap sebab nak siapkan adik dan sediakan barang keperluan lain. Masuk kereta, ayah terus ajak pergi Jelita Ostrich Farm dan Pusat Veterinar Seremban. Ayah bagitau kat situ boleh naik burung unta... hihi mesti naim suka nanti. Ibu pun on je sebab memang takde plan pun nak berjalan hari ni.

Sampai kat Pusat Veterinar Seremban, kami kena tulis nama dulu di pondok guard. Kemudian, kami masuk dan terus menuju ke Jelita Ostrich Farm. Harga tiket dewasa ialah rm 8 dan kanak-kanak ialah rm 6. Ladang ini memang agak besar yang menempatkan banyak burung unta.

Di sini, kami dibenarkan memberi burung unta makan dan boleh berdiri di atas telur burung unta yang disediakan di situ. Paling menarik, kami dibenarkan menunggang burung unta dengan pemantauan penjaga di situ. hihi abang naim je yang dapat naik dan menunggang burung unta... ibu dan ayah tak naik pun sebab rasa macam tak stabil bila duduk kat atas burung unta tu. Lepas tu, kami dibawa untuk menyaksikan perlumbaan burung unta. Selesai melihat burung unta, kami bawa naim melihat binatang lain yang ada di situ... antaranya ada ayam, arnab, dan juga kambing. Kambing kat situ memang jinak, seronok naim dapat pegang dan bagi kambing makan. Haha lepas tu dia minta ibu dengan ayah belikan anak kambing pula ☺











Keluar dari Jelita Ostrich Farm, kami terus menuju ke tempat kuda. Seronok abang naim dapat menunggang kuda di situ. Akhir sekali, kami pusing2 dalam pusat veterinar tu bawa naim dan muaz tengok rusa dan lembu yang ada di situ. Bila dah puas hati dapat tengok lama2, barulah abang naim ajak balik rumah ☺

Wassalam.

No comments:

Post a Comment