Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah permohonan kami diterima dan Naim akan masuk ke prasekolah pendidikan khas di sekolah kebangsaan. Hari orientasi berjalan lancar walaupun pada mulanya Naim tidak menunjukkan minat dan enggan masuk ke kelas.
Semoga anak syurga kami dapat menerima suasana pembelajaran di sekolah baru. Kami juga berharap semoga anak syurga ini akan mula pandai berdikari dan dapat mengikuti setiap pembelajaran dengan baik.
Doa kami akan sentiasa mengiringimu wahai anak syurga... Semoga Allah melapangkan dadamu dalam menimba ilmu dan memelihara dirimu sentiasa. Amin.
Sebuah catatan peribadi untuk tatapan di masa hadapan. "Hidup ini tidaklah sentiasa indah, ujian dan dugaan membuatkan kita kuat dan berani untuk menghadapi hari mendatang".
Friday, 30 December 2016
Tuesday, 20 December 2016
Alhamdulillah...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan anak kedua pada 20 September lepas. Syukur semuanya selamat dan Allah permudahkan segalanya. Paling seronok pastinya Naim yang tak sabar2 nak tengok adik. hehe sayang betul dia kat adik Muaz... asyik sebut nak tengok BABY je.
Syukur walaupun terpaksa emergency czer, semuanya selamat. Layanan daripada nurse dan doktor juga sangat memuaskan. Allah berikan juga kekuatan dan kesabaran kepada saya walaupun dalam keadaan yang sakit dan tidak boleh bergerak bebas untuk saya berulang-alik ke hospital untuk menjaga dan menyusukan baby. Baby Muaz terkena kuning pada hari ketiga dan terpaksa dimasukkan ke nursery untuk pemantauan.
Memang sangat menguji kesabaran kerana terpaksa tinggalkan baby kat nursery hospital. Alhamdulillah suami juga sangat sabar dan banyak membantu. Begitu juga dengan ahli keluarga lain yang sentiasa membantu dan memberikan sokongan. Allah saja yang dapat membalas jasa mereka semua.
Baby Muaz kena kuning agak lama, hampir 3 bulan. Kami terpaksa membawa baby Muaz ke hospital hampir setiap hari untuk diambil darah. Rasa sedih memang tak dapat digambarkan apabila melihat baby yang masih kecil dicucuk jarum, ditambah dengan tangisan baby menahan kesakitan. Pelbagai cara dan petua yang kami amalkan, tetapi tetap tidak membantu untuk mengurangkan bacaan kuning tersebut. Namun, berkat kesabaran kami... Alhamdulillah akhirnya baby Muaz pulih sepenuhnya dan tiada masalah dengan darah dan fungsi hati.
Semoga baby Muaz membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.

Sunday, 16 October 2016
Kek Mentega Yang Lembut dan Gebu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Petang tadi sempat saya menyiapkan sebiji Kek Mentega untuk hidangan tetamu yang akan berkunjung ke rumah. Alhamdulillah kek mentega ini memang merupakan kegemaran kami sekeluarga. Walaupun hanya kek yang simple, tapi terasa puas dapat makan kek ini tanpa sebarang krim yang memuakkan.
Resepi untuk Kek Mentega ini saya rujuk di sini. Terima kasih kepada pemilik resepi yang sudi berkongsi resepi kek mentega yang senang dan mudah ini. Bagi sesiapa yang menyukai kek mentega, bolehlah mencuba resepi ini.
Bahan-bahan:
Cara Buat:
Selamat Mencuba.

Kek Mentega |
Kek Mentega yang lembut dan gebu... |
- 250g mentega Anchor
- 170g gula kastor
- 210g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara Buat:
- Satukan mentega, gula kastor, tepung gandum, dan baking powder.
- Kacau sebati kesemua bahan menggunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan.
- Kemudian, masukkan telur satu persatu dan akhir sekali masukkan esen vanilla.
- Kacau lagi hingga sebati selama 3 minit.
- Panaskan oven pada suhu 160' selama 15 minit.
- Masukkan adunan dalam loyang bersaiz 8".
- Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba.
Tuesday, 13 September 2016
Kek Coklat Cheese... kek berhantu yang sangat sedap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat menyambut Hari Raya Haji buat semua umat Islam... Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah s.w.t.
Hari ini kami menyambut raya qurban hanya di rumah saja, tidak berpeluang untuk pulang ke kampung disebabkan esok saya ada check up O&G di Hospital Melaka. Menu untuk hari ini juga simple sebab hanya kami bertiga di rumah. Nasib baik en suami juga tidak cerewet...
Pagi tadi sempat saya menyiapkan Kek Coklat Cheese yang memang tengah hangat diperkatakan sekarang ni. Sebenarnya, saya telah lama buat kek ini untuk diletakkan di butik2... cuma baru kali ni sempat nak update. Kek coklat cheese ni memang sangat sedap, rasanya yang penuh coklat dan ditambah dengan cheese memang akan membuatkan anda jatuh hati dengan kek ini. Kek ini juga memang berhantu... sebab bila dah rasa sikit, terus tak boleh nak berhenti makan. hehe sesiapa yang sukakan kek ni, boleh la cuba buat nanti :)
Berhubung resepi kek coklat cheese ini, saya rujuk di blog Kak Azlita Masam Manis. Terima kasih kepada pemilik resepi yang sudi berkongsi resepi kek yang sangat sedap ini.
Bahan-bahan:
Kek Coklat Moist Anis
Cara Buat:
Penyediaan Krim Cheese:
Lapisan Kek:

Kek Coklat Cheese Lava |
Kek kegemaran saya dan anak... |
Memang terliur kan tengok kek ni.... :) |
Bahan-bahan:
Kek Coklat Moist Anis
- 1 cawan fresh milk
- 1 cawan minyak jagung
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula kastor
- 2 biji telur gred A (dipukul dengan whisk dan ketepikan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh garam
- (Satukan kesemua bahan kering, ayak dan ketepikan)
Cara Buat:
- Masukkan fresh milk, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko, dan gula kastor ke dalam periuk.
- Masak atas dapur menggunakan api perlahan sehingga gula larut.
- Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
- Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak dan masak sebentar hingga adunan rata. Tutup api.
- Masukkan adunan ke dalam bekas2 kecil.
- Pastikan air dalam pengukus sudah dipanaskan terlebih dahulu.
- Kukus kek selama 30-40 minit.
- Setelah kek masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan kek sejuk terlebih dulu.
Penyediaan Krim Cheese:
- 250g creamcheese Philadelphia
- 500g whipping cream (Vivo)
- 3 sudu besar susu pekat manis
- Satukan creamcheese dan susu pekat. pukul hingga adunan lembut.
- Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul sehingga adunan kental.
Penyediaan Coklat Leleh:
- 300g Coklat masakan (Beryls)
- 250g whipping cream (Vivo)
- Satukan coklat masakan dan whipping cream dalam bekas.
- Cairkan dengan kaedah double boiled.
- Biarkan coklat sejuk dahulu.
Lapisan Kek:
- Kek coklat yang telah sejuk bolehlah dilapiskan dengan krim cheese.
- Sejukkan sebentar dalam peti ais sehingga krim cheese sedikit keras.
- Kemudian, tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi.
- Untuk hiasan atas kek, ambil sedikit krim cheese dan campurkan sedikit dengan coklat cair. Masukkan dalam piping bag. Bolehlah dihias atas kek dengan corak kegemaran anda.
- Simpan sebentar kek dalam peti ais.
- Kek sedia untuk dinikmati.
Selamat Mencuba.
Thursday, 8 September 2016
Lempeng Nasi... sedap dan lembut sampai ke petang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Pagi tadi saya buat lempeng nasi untuk sarapan si comel naim. Sejak naim baik demam ni, memang susah nak makan nasi. Jadi, kena pelbagaikan menu untuk naim. Lempeng nasi ni memang sedap dan lembut walaupun sampai ke petang. Kebiasaannya, saya buat cucur bilis nasi, tapi kali ni saya buat lempeng pula.

- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- garam secukup rasa
Cara Buat:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga sebati.
- Panaskan kuali, lenserkan dgn sedikit minyak.
- Masukkan 2 senduk adunan ke dalam kuali dan ratakan.
- Masak dengan api sederhana.
- Terbalikkan lempeng hingga bertukar keperangan.
- Angkat dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan tadi.
- Boleh dihidang bersama dengan sambal tumis atau kuah kari.
lempeng nasi dan kari ayam |
lempeng nasi... memang sedap dan lembut. lagi sedap dimakan ketika masih panas. |
naim tengah makan lempeng... hehe siap ada gaya :) |
Monday, 5 September 2016
Naim dan Dinosaur...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Semalam petang, kami bawa Naim ke Muar untuk melihat dinosaur yang baru2 ini viral di fb. Alhamdulillah cuaca baik dan redup petang semalam. Sampai di sana, memang dah ramai orang terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil. Kanak-kanak memang teruja melihat replika dinosaur tersebut, termasuklah anak syurga kami.
Replika dinosaur tersebut sebenarnya terletak di sebuah nursery / tapak semaian di Muar... yang menyediakan anak pokok dan juga pokok bonsai. Di hadapan nursery tersebut diletakkan beberapa replika dinosaur yang saya rasakan sebagai salah satu tarikan dan pembaharuan yang dilakukan oleh pemiliknya. Bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak ke situ, boleh melalui jalan AMJ. Sekiranya dari Melaka, nursery tersebut terletak di sebelah kiri selepas jambatan baru Muar.
Kami berada di situ hampir setengah jam... melayan anak syurga kami yang teruja melihat replika dinosaur tersebut. Tambahan pula Naim memang sukakan dinosaur sehinggakan kalau ke pasaraya, memang patung dinosaur yang dicarinya.

Hobi dan minat Naim... |
Antara koleksi dinosaur yang Naim kumpul... |
Sunday, 4 September 2016
Layankan anak syurga yg nak mandi laut...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ini, awal pagi lagi dah keluar rumah. Mula2 pergi beli sarapan dulu. Maklumlah hari cuti, jadi dapur pun tak berasap juga. Selepas beli sarapan, en suami tanya nak menuju ke mana... terus je jawab pergi pantai.
Bercerita bab pantai kat Melaka ni... kami memang suka pantai di Pengkalan Balak berbanding pantai yang lain. Walaupun agak jauh dari rumah, ianya tak jadi masalah... yang penting kami seronok berada di situ. Pantai yang cantik dan airnya yang bersih menjadi keutamaan kami.
Yang paling seronok dapat mandi laut, pastinya anak syurga yang seorang ini. Naim memang suka kalau dapat mandi dan main pasir kat pantai. Kebiasaannya, kami akan bawa Naim ke pantai 2 atau 3 kali dalam sebulan... ianya juga sebagai terapi untuk Naim (setelah disahkan autisme). Saya juga sukakan bunyi ombak dan angin yang segar di pantai... terasa segar semula minda.

Friday, 2 September 2016
Kuih Bakar @ Bingka Pandan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Petang tadi saya merajinkan diri membuat kuih bakar atau bingka pandan untuk minum petang kami. Alhamdulillah, walaupun pertama kali membuatnya... namun hasilnya sangat memuaskan hati. Cuma memang perlu menunggu dengan sabar sehingga bingka pandan ini masak sepenuhnya.
Resepi untuk bingka pandan ini saya rujuk di blog Kak Yatie yang mana resepi asalnya daripada Joayee. Pada yang berminat untuk mencuba resepi ini, bolehlah mencuba nanti. Ini kerana bingka pandan ini memang sangat sedap dan lembut serta cukup rasa lemak manisnya.

- 1 cawan gula pasir (saya guna gula castor).
- 1 cawan jus pandan (Saya ikut Kak Yatie: kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Kemudian tapiskan).
- 2 1/4 cawan santan (saya guna 1 cawan santan pekat dan selebihnya tambahkan air).
- 2 sudu besar mentega ( cairkan dan sejukkan).
- 2 cawan tepung gandum.
- 3 biji telur.
- 1/2 sudu teh garam.
- Sedikit pewarna hijau (saya tambah sedikit paste pandan)
- Bijan (saya tak letak)
Cara Buat:
- Campurkan kesemua bahan dan blend sehingga sebati.
- Sapukan loyang dengan sedikit butter atau minyak.
- Panaskan oven selama 15 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang. Taburkan bijan bagi yang suka.
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c menggunakan api atas dan bawah sehingga masak (atas bingka keperangan).
Wednesday, 31 August 2016
Salam Perkenalan...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga untuk menulis di blog yang baru, setelah lama menyepikan diri. Mudah-mudahan mood untuk menulis sentiasa ada.
Salam perkenalan untuk semua rakan-rakan blogger dan pembaca yang budiman.

Subscribe to:
Posts (Atom)